Perbandingan dengan WPI Wilayah_Ekonomi_Koridor_Utara

Sebelum ini Abdullah Ahmad Badawi telah melancarkan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang membabitkan daerah Johor Bahru, Kulai, selatan Pontian dan sekitarnya.

  • WPI membabitkan hanya satu negeri sedangkan Koridor Utara membabitkan 4 buah negeri.
  • Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (LPWI) bertindak sebagai pihak berkuasa dan pusat sehenti. Tetapi NCIA sebagai pembangun ekonomi dan sosial.
  • WPI menarik pelabur asing dan syarikat besar terutama Singapura dan Hong Kong untuk menjadi hub kewangan dan perkhidmatan menyerupai Hong Kong - Shenzhen. Tetapi Koridor Utara menumpukan kepada pelabur tempatan dengan tumpuan kepada pertanian dan prasarana. Kontraktor tempatan, syarikat tempatan dan pelabur tempatan akan membina sistem saliran, lebuh raya utama dan prasarana lain.
  • Pelabur asing ditugaskan untuk pembangunan elektrik dan elektronik serta hotel pelancongan.
  • Jalan raya dan tali air ditaik taraf dan diberi tugas kepada kontraktor kelas F, kelas A dan kelas B.